Klinik ini telah beroperasi selama kira-kira 3 tahun iaitu sejak tahun 2008 lagi. Ianya telah di tubuhkan oleh Dr Noor Hajar bt Abd Aziz sebagai salah satu rangkaian klinik beliau yang bernama Pusat Perubatan Shah Alam.
Klinik ini telah bertukar milik kepada saya mulai dari 1 Julai 2010. Namun, klinik ini masih lagi mengekalkan nama asalnya atas sebab-sebab tertentu.
Klinik saya ini terletak di tengah-tengah kepadatan penduduk di Shah Alam 2, Bandar Puncak Alam. Kepadatan populasi di sekitar klinik adalah kira-kira 30,000 orang dan jumlah sentiasa bertambah kerana kawasan ini sedang meningkat naik sebagai kawasan tempat tinggal pinggiran Bandar (residential area) bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur atau pun Shah Alam. Berhampiran kawasan ini, terletaknya Kampus UiTM cawangan Puncak Alam yang dijangka akan menempatkan kira-kira 12,000 pelajar menjelang tahun 2011. Jarak klinik saya ini adalah kira-kira 15 minit perjalanan dari Meru dan 5 minit dari Saujana Utama. Manakala, untuk ke Shah Alam atau Kuala Lumpur, perjalanannya memakan masa antara 30-45 minit.
Klinik saya ini memberikan perkhidmatan rawatan primer dan khusus serta rawatan kecemasan dan pembedahan kecil.